KULIT BAKAL HILANG ELASTIK DAN KEANJALAN SELARAS PERTAMBAHAN USIA, SEKALI GUS MENGUBAH STRUKTUR SERTA KONTUR MULA GELEBER. TISU PENGHUBUNG KULIT DAN LAPISAN LEMAK PADA MUKA JUGA MAKIN MENIPIS. USAH GUNDAH, ADA AZIMAT EFISIEN BAGI MEMFOKUSKAN ISU TERBESAR PENUAAN INI!
 

GUERLAIN ABEILLE ROYALE YOUTH SERUM FIRMING LIFT, WRINKLE CORRECTION Bukan sahaja madu, malah sarang lebah juga terbukti keunggulan khasiatnya dalam pelbagai medium kesihatan. Dikatakan mempunyai kompleks matriks yang berupaya bertindak sebagai mekanisme pemangkin sel kulit. Dan eliksir ajaib ini dirumus buat serum magis terbaru Guerlain. Disulam aroma mewah nektar, hasilnya dapat dilihat pada aplikasi pertama. Kulit lebih halus, elastik serta anjal sehingga 87 peratus dan ton kulit juga semakin sekata.

PAYOT DESIGN ULTRA LIFT SERUM Tidak kira apa jua jenis kulit, keanjalan serta serinya berupaya dikembalikan bersama serum ulung ini. Diperkayakan rumusan eksklusif, dipaten kompleks Pepti-Oriza-Calcium yang memperbaiki komunikasi sel kulit. Unsur kalsium bertindak sebagai arkitek epidermis, ia merangsang metabolisme sel sambil memelihara seri kulit juga mengurangkan kehilangan lembapan.

BIOXIL ADVANCED ANTI-AGING FIRMING MOISTURIZER Selamat tinggal kulit lendut, berkedut juga garisan halus. Dengan formulasi baru, pelembap Advanced Anti-Aging Firming kini lebih kaya teksturnya, ideal melindungi serta membekal khasiat buat kulit muka lebih berseri. Kombinasi Age Killing Tipeptide dan Polysaccharide, tahap lembapan kulit dan elastik bakal meningkat sekali gus menunjukkan pengurangan kulit kurang anjal, kedutan dan garis halus.

 

 
 
*Artikel penuh dalam GLAM September.
 
 
 
 
     
     
Inspirasi santai juga dramatik diolah sarat glamor kali ini.
         
     
Simpan hair straightener anda musim ini kecuali untuk mencipta stail rambut berombak.
         
     
Ada azimat efisien bagi memfokuskan isu terbesar penuaan ini!
         
     
Idealistik kreatif tidak pernah lupus berlegar dalam dunia mencipta wangian.
         
 
.................................................................
 
   
       
Keahlian | Hubungi Kami Hak Cipta Terpelihara © 2009 Bluinc Media
 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------