RAIKAN TEORI WARNA INI. JANGAN TAKUT BERMAIN WARNA SERTA PILIH NUANSA YANG BERUPAYA MENCERAHKAN LAGI TON KULIT ANDA. KEMAS KINI HIMPUNAN SPEKTRUM PEMBAYANG MATA BERSAMA GLAM.
 

METALIK Terlalu banyak variasi serta tekstur palet pembayang mata metalik di pasaran, ada yang hadir sarat ‘glitter’, ekstra metalik ataupun krim pusam. Peraturan pertama, pastikan solekan lain sederhana dan biarkan rona metalik ini menguasai mata. Tekstur krim sesuai untuk efek lembut, sapu pada tulang kening bagi ilusi ‘highlight’. Berhati-hati dengan versi serbuk, gunakan berus agar ia berselerak keseluruhan muka. You don’t want look like queen Midas, don’t you?

WARNA-WARNI MASKARA Mungkin anda sedikit ragu mahu mencuba stail ini. Tetapi kini, maskara berwarna sudah berevolusi lebih elegan. Lupakan merah atau hijau, cuba rona lebih sederhana seperti plum, biru, kelabu atau coklat. Membawa efek lebih ‘volume’ serta melentik sama seperti maskara hitam lain, bonusnya…sedikit kejutan saduran warna membuatkan solekan mata lain daripada biasa. Peringatan, hanya sapu pada bulu mata atas sahaja!

BIRU NILAM Ramai yang meminati spektrum ini tetapi sering gagal mengadaptasinya, ada yang terlalu ‘OTT’ juga silap memilih hiu ideal mengikut ton kulit. Biru pastel lembut sesuai buat yang berkulit cerah, pilih yang bersulam sedikit 'shimmer’ untuk menonjolkan mata. Tona nilam pula untuk kulit sawo matang dan gelap, aplikasi lapisan demi lapisan bagi mencapai hiu sesuai.

 
 
*Artikel penuh dalam GLAM September.
 
 
 
 
     
     
Inspirasi santai juga dramatik diolah sarat glamor kali ini.
         
     
Simpan hair straightener anda musim ini kecuali untuk mencipta stail rambut berombak.
         
     
Ada azimat efisien bagi memfokuskan isu terbesar penuaan ini!
         
     
Idealistik kreatif tidak pernah lupus berlegar dalam dunia mencipta wangian.
         
 
.................................................................
 
   
       
Keahlian | Hubungi Kami Hak Cipta Terpelihara © 2009 Bluinc Media
 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------