IDEALISTIK KREATIF TIDAK PERNAH LUPUS BERLEGAR DALAM DUNIA MENCIPTA WANGIAN, HARUMAN KINI BUKAN SAHAJA DITERJEMAHKAN PUITIS TETAPI DIREKA MELALUI VARIASI PORTFOLIO KEHIDUPAN JUGA MELANGKAUI PELBAGAI GENRE.
 

MARC JACOBS DAISY POP ART EDITION Daisy diinterpretasikan artistik musim luruh ini, simpulan aura mewah dan santai diadun moden bersama. Bermula dengan kesegaran ultra-strawberi liar, kemudian mekar kepada jambangan flora vintaj seperti violet, gardenia dan melur. Diakhiri sensual dengan esen tegar kayu birch dan cedar.

CREED SPRING FLOWER Dikatakan pewangi pilihan Julia Roberts, Spring Flower merai semangat feminin serta esen playful. Ia sebenarnya diilhami sebagai aroma signature ikon legenda, Audrey Hepburn. Diramu jambangan flora ros dan melur bersama ekstrak buah-buahan pic, melon dan epal membawakan aroma elegan disuntik elemen riang.

ESTEE LAUDER PLEASURES BLOOM Sejak 1995, Pleasure tidak pernah gagal menambat hati pencinta Estee Lauder, membuatkan haruman Estee Lauder paling laris. Selepas lima edisi, Pleasures Bloom tampil merai detik manis kehidupan bersama himpunan flora fruity - limau gedang, raspberi dan laici serta pink peony, ros, melur dan lili hijau.



 
 
*Artikel penuh dalam GLAM September.
 
 
 
 
     
     
Inspirasi santai juga dramatik diolah sarat glamor kali ini.
         
     
Simpan hair straightener anda musim ini kecuali untuk mencipta stail rambut berombak.
         
     
Ada azimat efisien bagi memfokuskan isu terbesar penuaan ini!
         
     
Idealistik kreatif tidak pernah lupus berlegar dalam dunia mencipta wangian.
         
 
.................................................................
 
   
       
Keahlian | Hubungi Kami Hak Cipta Terpelihara © 2009 Bluinc Media
 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------