DI CHANGKAT DUTA, JURUHIAS PANGSAPURI MENGGABUNGKAN PUTIH POLOS DENGAN PERALATAN BERKUALITI TINGGI.
 

Menjenguk kediaman di Tiffani Kiara I-Zen adalah pengalaman baru. Masuk sahaja ke pekarangan pangsapuri, kami disambut lobi umum di ruang legar. Lif membawa kami terus ke pintu masuk rumah. Ia seolah-olah di Manhattan, New York. Kata pemiliknya “I purposely chose white because as an Interior Designer I deal with a lot of colors in the office and when I come home, I just want a relaxing environment." Padanan perabot kesemuanya berona putih. Ruang tamu sekadar dihias perabot ringkas, sebaliknya pemilik memberi perhatian kepada peralatan dan perkakas yang terbaik. Antaranya, sistem audio Bang & Olufsen, radio lama daripada Bush, barangan dapur Alessi dan aksesori rumah Kartell. Suntikan warna di rumah ini hanyalah daripada lukisan yang digantung pada dinding dan kusyen-kusyen kecil di atas sofa ruang keluarga.

Pelan lantai rumah direka saling bersambung di antara ruang tamu dengan ruang makan dan dapur kering. Gantungan cermin berukir lingkar pada dinding di ruang makan memecah garisan-garisan lurus di ruang ini. Dapur kering pula bermain dengan rona hitam dan merah. Kabinet hitam licau ditempatkan bersebelahan peti sejuk ikonik daripada SMEG yang berwarna merah. Bagi menaikkan lagi suasana seri di ruang ini, aksesori seperti mangkuk buah, mesin pembuat kopi, pemerah jus dan bekas sabun merah disusun rapi atas meja kaunter. Yang mencuri pandangan ialah kerusi tinggi rekaan skeleton dari Itali.

Ke kamar-kamar tidur, perlu melalui satu laluan panjang yang bahagian kanan serta kirinya dihiasi lekapan dinding rekaan sendiri dan kertas dinding ringkas. Juruhias menamakan lekapan ini sebagai “Peek-a-boo” kerana cermin-cermin kecil ditampal berselerak rata pada dinding.

 
 
*Artikel penuh dalam GLAM September.
 
 
 
 
     
     
         
     
Sifatnya cukup untuk mewujudkan wacana budaya popular atau budaya pop.
         
     
Amir Muhammad bukan nama baru bagi pengikut aliran sastera moden tempatan.
         
     
Menjenguk kediaman di Tiffani Kiara I-Zen adalah pengalaman baru.
         
 
.................................................................
 
   
       
Keahlian | Hubungi Kami Hak Cipta Terpelihara © 2009 Bluinc Media
 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------