DARIPADA PENCUCI MULUT STICKY DATE PUDDING KEPADA PEMBUKA SELERA BULAN RAMADAN, TAMAR MENYINGKAP ANEKA MANFAAT BUAT MANUSIA SEJAGAT.
 

Seperti keistimewaan pokok bunga lili atau orkid yakni daun pertamanya tumbuh daripada biji benih begitu juga pokok tamar. Tamar atau kurma adalah seperti buah zaitun, ia dikatakan sebagai tumbuh-tumbuhan yang menjadi sumber makanan tertua di dunia. Tamadun pertama yang menanam pokok tamar secara perladangan adalah Tamadun Sumeria. Tamadun yang berumur 5000 tahun sebelum masihi ini mula memajukan penempatan urban dan berlainan dengan gaya hidup nomad, mereka mendiami sesebuah kawasan itu dengan menyara kehidupan mereka sendiri. Tamar bukan sahaja dijadikan sebagai makanan, malah pelindung daripada bencana alam dan batangnya juga digunakan untuk membina teratak. Ciri-ciri ini membuatnya terturis pada arca dan dinding monumen Tamadun Babylon, Assyria dan Mesir. Inskripsinya menyatakan mengenai keunggulan buah tamar yang membawa kesejahteraan kepada masyarakat mereka. Lantaran daripada itu, apabila wujudnya ideologi kepercayaan berkumpulan yakni Islam, Yahudi dan Kristian, setiap kumpulan agama ini masih lagi menganggap tamar sebagai buah utama yang penting.

Bagi umat Islam, ada kisah yang menceritakan mengenai tamar menjadi sumber khasiat Nabi Adam a.s ketika di Taman Firdaus. Batang pokok tamar juga dikatakan digunakan membina rumah Nabi Muhammad s.a.w serta tertulis di dalam al-Quran yang ia menjadi makanan kegemarannya menerusi kanta budaya, orang Yahudi menggunakan pelepah untuk membina “Soukkot” atau tempat berteduh tatkala musim menuai. Mereka juga mengiktirafkan tamar sebagai salah satu daripada lima pokok suci sewaktu musim menuai. Bagi orang Kristian pula, mereka akan menjunjung pelepah pokok tamar memperingati lorong laluan Nabi Isa a.s. ke Jerusalem pada hari Ahad yang mereka gelar “Palm Sunday”. Seperti perusahaan anggur dan wain yang mempunyai nama bagi setiap jenis dan ladang atau tempat perusahaannya, tamar juga begitu. Yang terkenal ialah ‘Barhee’, ‘Halawy’, ‘Khadrawy’ dan ‘Medjool’ sebagai yang lembut dan tidak kering, ‘Dayri’, ‘Deglet Noor’ dan ‘Zahidi’ bagi yang separa kering dan ‘Thoory’ bagi yang kering.

 
 
*Artikel penuh dalam GLAM September.
 
 
 
 
     
     
         
     
Sifatnya cukup untuk mewujudkan wacana budaya popular atau budaya pop.
         
     
Amir Muhammad bukan nama baru bagi pengikut aliran sastera moden tempatan.
         
     
Menjenguk kediaman di Tiffani Kiara I-Zen adalah pengalaman baru.
         
 
.................................................................
 
   
       
Keahlian | Hubungi Kami Hak Cipta Terpelihara © 2009 Bluinc Media
 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------