Bicara dibuka setibanya Adlina di sebuah kafe di Pavilion. Katanya, dia
dan Ketua Pengarang GLAM, Wirda Adnan “We go way back in the 80’s”
sewaktu kedudukannya masih kerdil di Hilton Kuala Lumpur. Berbual kosong
sedikit Adlina menceritakan mengenai anak-anak saudaranya
yang baru-baru ini ingin membuat tempahan di hotel untuk majlis prom
sekolah mereka. Adlina tanpa teragak-agak menggunakan kepakarannya
dan kenalannya untuk membantu anak-anak saudaranya. Dalam masa
yang singkat dan sedia dengan diskaun lagi, Adlina menyelesaikan
segala apa yang patut. Untung anak-anak saudaranya mempunyai ibu
saudara yang mempunyai profil kuat di dalam bidang pelancongan dan
perhotelan. Adlina kini menetap di dua negara yakni di Switzerland dan
Perancis. Suaminya seorang Swiss membuatnya berulang-alik ke sana.
Paris pula tempat berkerja. Kuala Lumpur ini kecil, pagi menemubual
Adlina, pada sebelah petang bertemu dengan Zarida Malik (Pensyarah
Tari di Uitm dan Koreografer buat pementasan teater Uda & Dara barubaru
ini). Kata Zarida, adik beradik perempuan Adlina agak terkenal
dengan kejayaan mereka. Dia mengenali salah seorang daripadanya. The
Borhan Sisters; kakaknya adalah Pereka Hiasan Dalaman dan seorang lagi
pula Presiden kepada International Women Entrepreneurs Association
of Malaysia.
Tunjang kerjaya Adlina ialah perkhidmatan layanan dan dunia ini
tidak asing baginya oleh kerana keluarganya yang mengusahakan
perniagaan katering sewaktu dia membesar. Berkat menolong perniagaan
ibu dan bapanya ini menimbulkan minat dan apabila diberi tawaran
melanjutkan pelajaran ke UiTM pada 1978 di dalam bidang Perhotelan
dan Pengurusan Pelancongan, Adlina tidak menoleh ke belakang lagi.
Katanya “I aimed for the best.” Tamat sahaja pengajian, Hilton menjadi
tempat kerjayanya bercambah. Selepas setahun berkhidmat, pihak
pengurusan terus menghantarnya ke Hong Kong untuk latihan lebih
terperinci dan mendedahnya kepada dunia luar, dunia antarabangsa.
|
| |
| *Artikel penuh dalam GLAM September. |
 |