ODYSSEY FESYEN GLAM TAHUN INI BERMULA DARI JALANAN PLACE VENDOME DI PARIS MEMBAWA KE HOTEL LAMA DI KENSINGTON, LONDON. DAN PENGEMBARAAN FESYEN GLAM BERTERUSAN APABILA LOUIS VUITTON DENGAN BERBESAR HATI MEREALISASIKAN FANTASI FESYEN KAMI UNTUK MENJELAJAH KE NUN JAUH DI PEDALAMAN AUSTRALIA BERSAMA ZIANA ZAIN…

Bakal bertolak dalam sehari dua lagi, puluhan sample pakaian termasuk koleksi skirt kembang, wool yang chunky serta kot-kot besar Louis Vuitton (yang amatlah beratnya!) sudah pun saya sendatkan dalam empat bagasi besar. Di kaca televisyen tika ini sedang berlangsungnya siaran finale program realiti Mentor di mana Ziana Zain bersama protegenya, Mohd, akhirnya dijulang sebagai juara. Ya, penghibur bermata galak itu akan menyertai saya serta krew GLAM ke Australia. Bolehlah Ziana ‘lari’ seketika, merehatkan tubuh dan minda sementelah berminggu-minggu mengharungi gelora drama realiti yang penuh air mata.

KE BELUKAR AUSTRALIA Dini hari di Melbourne. Turun sahaja kapal terbang, van sudah pun menunggu untuk membawa kami ke destinasi seterusnya. Ziana Zain yang ditemani pengurusnya, Lisa, muncul girang seperti selalu. Dia ringkas berseluar jean, jaket kulit dan but tinggi sambil menjinjing beg Keepall sebagai hand carry dan beg tangan bertali pemegang tortoise shell edisi terhad; kedua-duanya daripada LV. Lebih sejam kami dibawa merentasi tanah lapang separa gersang sebelum memasuki kawasan hutan belukar yang sungguh asing ibarat landskap filem. Dengan pohon-pohon kering berlantaikan lumut bak baldu, sebuah kediaman kaca menanti kami di hujung jalan.

Saya diberitahu bahawa Boyd Baker House adalah salah satu binaan pasca perang paling penting dalam sejarah seni bina Australia. Melangkah ke dalamnya, masa bagai diputar kembali ke era 1950-an. Perabot, barangan elektrik, piring hitam, buku-buku serta majalah, semuanya vintaj belaka. Kami juga bagaikan terputus hubungan dengan dunia luar kerana sukar untuk mendapatkan 'line' telefon, perkhidmatan internet langsung tiada dan tentu sekali tiada room service. “Seronok juga sesekali duduk di tengah-tengah hutan, jauh dari hiruk piruk kota. Tak ada deringan telefon, tiada bunyi SMS masuk, tak perlu periksa e-mel… yang ada cuma kita dan alam semula jadi. Inilah adventure namanya!” ujar Ziana teruja. Ya… selama empat hari tiga malam, Boyd Baker House menjadi ‘milik’ kami.

 
 
*Artikel penuh dalam GLAM September.
 
 
 
 
     
     
         
     
         
 
.................................................................
 
   
       
Keahlian | Hubungi Kami Hak Cipta Terpelihara © 2009 Bluinc Media
 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------